HATI KAU BUKAN MILIK KU
Lama tak bercerita. Di saat ini aku di uji lagi cinta tiga segi. Pada tahun lepas yang lalu aku mengenali seorang lelaki yang muda. Kami berkenalan di "dating" facebook. Permulaan perkenalan kami, aku cuma layan tak layan dia. Tapi lama-lama perasaan sayang muncul bila dia suka tengok gelagat Fateh. Fateh anugerah tuhan yang Allah berikan aku selama ini selepas aku kehilangan arwah abah aku. Hari demi hari berlalu dengan bahagia. Selepas dua bulan aku dapat rasakan perubahan dia. tapi aku cuba fikir "positif". Aku cuba faham dia, aku tidak kongkong kehidupan dia. tapi pengorbanan aku rupanya sia-sia dia telah ada wanita lain yang muda daripada aku. Aku tak boleh terima kenyataan sebab aku dah terlalu sayangkan dia walaupun kami berdua tidak pernah bertemu. Aku beritahu dia yang aku sanggup berkongsi kasih dengan wanita yang dia sayang dan cinta. Dia pun setuju tapi layanan dia pada aku dah tak seperti sebelum ini. Aku kecewa sangat tapi aku pendam tanpa beritahu dia. Aku cuba sibukkan diri layan Fateh tapi tidak berkesan jugak. Dalam masa yang sama aku kena berpisah dengan fateh semula sebab aku kena cari rumah sewa yang lain. Bila tiada fateh disisi aku. Hidup aku rasa kosong sangat. Ada satu hari aku dah tak mampu nak pura-pura tak nangis dan akhirnya aku menangis. Aku telefon dia dalam keadaan aku tengah menangis. dia mula risau kepada ku. dia telefon aku beberapa kali sampai aku angkat. Dia cuba pujuk aku, dia cakap dia tak kan tinggalkan aku. Tapi selepas itu layanan dia pada aku tetap sama. Macam aku "patung". Bulan seterus dia pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja, tapi cuma bertahan satu hari saja. malam itu dia beritahu yang esok nak balik Taiping. Tiba-tiba dalam fikiran aku nak bertemu dengan dia sebelum dia balik tempat asal dia. Aku cuba telefon dia untuk beritahu yang aku nak bertemu dengan dia esok. Mula-mula dia cakap tak nak tapi atas desakan aku dia setuju. Aku tak lena nak tidur waktu itu sebab asyik memikir sampai ke aku dekat tempat dia berada. Tapi Alhamdulillah walaupun pelbagai cabaran aku tempuh seorang diri. Aku dapat bertemu dengan dirinya. Itu lah kali pertama kami bertemu agak kekok juga mula-mula itu. Lama- lama kami berdua selesa bercerita. Waktu itu bertapa aku bahagia dapat luangkan masa dengan dia selama 5 jam. Masa makin mencemburi kami tiba masa untuk dia pulang ke tempat asalnya. Aku melihat dia sampai masuk ke dalam bas. Masa itu aku dah mula rasa sedih sebab aku akan berjauhan semula dengan dia. Dan dia makin dekat dengan wanita yang dia cintai. Panjang sangat aku cerita ni..nanti aku sambung semula..Doakan aku kuat hadap segalanya..Assalamualaikum semua...:-)
Comments
Post a Comment