Posts

Showing posts from February, 2022

HATI KAU BUKAN MILIK KU

 Lama tak bercerita. Di saat ini aku di uji lagi cinta tiga segi. Pada tahun lepas yang lalu aku mengenali seorang lelaki yang muda. Kami berkenalan di "dating" facebook. Permulaan perkenalan kami, aku cuma layan tak layan dia. Tapi lama-lama perasaan sayang muncul bila dia suka tengok gelagat Fateh. Fateh anugerah tuhan yang Allah berikan aku selama ini selepas aku kehilangan arwah abah aku. Hari demi hari berlalu dengan bahagia. Selepas dua bulan aku dapat rasakan perubahan dia. tapi aku cuba fikir "positif". Aku cuba faham dia, aku tidak kongkong kehidupan dia. tapi pengorbanan aku rupanya sia-sia dia telah ada wanita lain yang muda daripada aku. Aku tak boleh terima kenyataan sebab aku dah terlalu sayangkan dia walaupun kami berdua tidak pernah bertemu. Aku beritahu dia yang aku sanggup berkongsi kasih dengan wanita yang dia sayang dan cinta. Dia pun setuju tapi layanan dia pada aku dah tak seperti sebelum ini. Aku kecewa sangat tapi aku pendam tanpa beritahu di...